
N 43 PERMAS

Rumah RM 300 000 Di Tawar RM 25,000 Buat Pendudul Kampung Senibong
April 30, 2017
Seramai 100 penduduk Kampung Senibong bakal menerima kediaman teres dua tingkat bagi projek pembangunan semula kawasan itu yang dijual dengan harga hanya RM25,000.
​
Penduduk ditawarkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,400 kaki persegi berharga RM300,000 yang sebahagian besarnya ditanggung Kerajaan Negeri dan dijual dengan penduduk pada harga yang istimewa iaitu RM25,000.
​
Selain rumah penduduk, turut akan dibina adalah lot-lot perniagaan yang akan dikelolakan oleh koperasi serta 200 unit rumah pangsa untuk generasi kedua kampung berkenaan.Pada masa yang sama, koperasi di sini diberikan lot-lot perniagaan supaya dapat diteruskan restoran makanan laut dan koperasi ini akan mengelolakannya.
​
Kita menjangkakan fasa pertama projek ini akan bermula Oktober ini dan akan siap akhir tahun hadapan dan fasa kedua dijangka siap pada 2019 termasuk rumah-rumah untuk generasi kedua.

Pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) yang ke-13 di Taman Bukit Dahlia
April 20, 2017
PASIR GUDANG ; Syabas imCoop di atas inisiatif pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) yang ke-13 di Taman Bukit Dahlia petang ini.
ImCoop merupakan inisiatif pelaksanaan Pelan Suara Hati Johor yang bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu isi rumah untuk mengurangkan perbelanjaan harian dan membantu kelangsungan hidup mereka. Inilah usaha dan semangat yang dimiliki oleh kita semua sebagai pendokong TEAM Johor.
Penubuhan imCoop’ menggambarkan konsep gabungan keusahawanan melalui platform koperasi. ia bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi rakyat Negeri Johor, malah menonjolkan konsep muafakat secara saksama bagi merebut peluang ekonomi.
Sumber : Facebook DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN