
June 03, 2017
Pasir Gudang 4 Jun – Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan Ramadhan 2017 di Dewan Taman Cendana, di sini pagi ini.
​
Yayasan yang dipengerusikan oleh Dato’ Mohamed Khaled Nordin, memfokuskan program-program bersifat pendidikan, keusahawanan, kesukarelawanan, kebajikan dan lain-lain program jangka pendek dan panjang bagi membantu warga Pasir Gudang.
Tindakan Lupus Sisa Pepejal Di Tapak Haram Akan Disiasat
April 22, 2017
JOHOR BAHRU, 23 April – Siasatan akan dijalankan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa pepejal secara haram.
​
Kes difahamkan berlaku di sebuah tapak pelupusan haram di kawasan Kampung Teluk Jawa, Pasir Gudang.
Walaupun pelbagai usaha sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam memastikan negeri ini bersih dan lestari, perilaku sebegini sudah tentu akan merencatkan usaha itu.
​
​