Pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) yang ke-13 di Taman Bukit Dahlia
- Fatin Syahira
- Apr 21, 2017
- 1 min read

PASIR GUDANG ; JOHOR BAHRU, 22 APRIL – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengucapkan syabas kepada ImCoop di atas inisiatif pembukaan Kedai Harga Patut Muafakat Johor (ImCoop) yang ke-13.
Beliau hadir bagi merasmikan pembukaan kedai tersebut di Taman Bukit Dahlia semalam. “ImCoop merupakan inisiatif pelaksanaan Pelan Suara Hati Johor yang bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu isi rumah untuk mengurangkan perbelanjaan harian dan membantu kelangsungan hidup mereka. “Inilah usaha dan semangat yang dimiliki oleh kita semua sebagai pendokong TEAM Johor,” beliau berkata dalam satu kenyataan.
Penubuhan ImCoop menggambarkan konsep gabungan keusahawanan melalui platform koperasi. ia bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi rakyat Negeri Johor, malah menonjolkan konsep muafakat secara saksama bagi merebut peluang ekonomi.
Sumber : UMNO Johor
Comments