top of page
Search

Kerajaan Negeri Cadang Bina UTC Di Pasir Gudang

  • Jauhar
  • Jul 16, 2017
  • 1 min read

PASIR GUDANG, 16 Julai – Kerajaan negeri bercadang untuk membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pasir Gudang.

Cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan pusat awal tahun ini dan sedang dalam pertimbangan Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaannya nanti akan dapat dimanfaatkan kira-kira 340,000 penduduk Pasir Gudang.

“Sekiranya dipersetujui, ia akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

“Memandangkan ia adalah satu keperluan masyarakat di sini yang memerlukan perkhidmatan seperti UTC di Johor Bahru, tetapi jaraknya yang jauh dan memakan masa, saya percaya kerajaan pusat sedang memberi pertimbangan terhadap permohonan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Muafakat Aidilfitri Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga Zon Pasir Gudang di sini, semalam.

Pada majlis itu, kira-kira 500 tetamu menghadiri majlis tersebut.

Beliau juga berkata, Muafakat Aidilfitri yang diadakan kini bukan sekadar perayaan agama, tetapi menjadi tradisi untuk menyatukan pelbagai kaum, mengamalkan sikap toleransi, serta menghormati antara satu sama lain.


 
 
 

Comments


Who's Behind The Blog
Recommanded Reading
Search By Tags
Follow "THIS JUST IN"
  • Facebook Basic Black
  • Twitter Basic Black
  • Black Google+ Icon

Also Featured In

© 2017 by "JASA Pasir Gudang". Proudly created with Wix.com

bottom of page